Anak sulung Kak Ida, Harith ada masalah gigi susunya yang sangat kuat dan begitu degil nak tanggal, walaupun gigi kekal dah mula naik. Bayangkan gigi susu pertamanya hanya mula tercabut pada usia 8 tahun! Itupun secara paksaan, iaitu bawa ke doktor gigi kerana gigi kekal sudah mula naik di belakang gigi susu tersebut.
Kak Ida dan suami memang cuba mengamalkan penjagaan gigi yang baik untuk anak3 seawal usia mereka masih bayi. Keluar saja gigi susu pertama, kami mula mengelap gigi tersebut setiap hari, 2x sehari menggunakan special wipes untuk gigi. Bila mereka sudah boleh terima penggunaan berus gigi, baru kami akan menghentikan penggunaan tooth wipes dan beralih ke berus gigi 100%.
Namun itulah.. mungkin akibat 'nak jaga' sangat ni, hehe akhirnya kami dapat satu masalah iaitu gigi susu Harith sangat sukar untuk luruh dengan sendiri. Dah 2 kali kami terpaksa bawak Harith ke doktor gigi untuk cabut gigi susunya secara paksaan, sebab gigi kekal dah naik! Jika dibiarkan nanti tak cantik la susunan gigi dia! Tak handsome la huhu!
First time jumpa doktor, Harith dibius untuk mencabut 2 batang gigi sekaligus kerana kerana gigi kekal tumbuh tengah2 dia antara 2 gigi susu! Bayangkan betapa traumanya dia untuk first lawatan ke doktor gigi! Budak kecik kena cucuk untuk bius! Huhu.
Kak Ida complain ke doktor, kalau macam ni saya malas la nak jaga gigi susu anak2, biar je semua rongak, nanti dah naik gigi kekal baru saya ajar mereka jaga dengan baik. Tapi jawapan doktor membuatkan Kak Ida tak jadi nak biarkan gigi susu mereka tanpa penjagaan. Doktor cakap, u tak boleh buat macam tu, sebab tak semua gigi akan luruh pada masa yang sama. Contoh gigi susu bahagian depan akan luruh sekitar umur 5-7 tahun, gigi bahagian geraham pulak perlu stay lebih lama sebelum gigi kekal muncul. So kalau u biar semua gigi rongak dalam masa yang sama, mcm mana anak u nak makan & bercakap dengan baik? Ye tak ye la jugak... Kak Ida mana boleh pilih2 nak jaga gigi mana kan.. Either jaga semua gigi or abaikan semua gigi.. No other option! Then Kak Ida tanya lagi pada doktor, kenapa boleh jadi mcm ni ye doktor? Doktor cakap budak2 sekarang cukup semua vitamin especially kalsium, that's why gigi susu jadi sangat kuat mcm ni. Tak macam org dulu2, hidup susah makan pun tak cukup, so gigi pun takde sekuat mana.
Kejadian kali kedua, kami lebih berhati-hati kerana kami tau dia trauma dengan pengalaman sebelum ni. Maka kami bawa Harith ke doktor gigi yang lain dan doktor kali ni mengesyorkan supaya Harith menolak2 gigi susu yang terbabit dengan lidah untuk menggalakkan gigi tersebut longgar dan akhirnya tercabut.
Namun gigi susu tersebut tetap tidak tercabut tapi ada sedikit longgar. 2 minggu selepas itu kami kembali semula ke doktor dan kali ni alhamdulillah doktor hanya spray ubat kebas pada gigi dan cabut gigi tersebut... Tak perlu bius sebab nak cucuk ubat bius tu akan buat Harith lebih trauma untuk jumpa doktor gigi lepas ni.
Dan kini, ada lagi 2 gigi kekal yang telah tumbuh di belakang gigi susu bahagian bawah. Nampaknya proses yang sama akan berulang, dan tentulah kami opt utk doktor kedua yang lebih child friendly. Namun Kak Ida berharap gigi susu yang terlibat akan luruh dengan sendirinya.. lebih mudah untuk Harith!
So Kak Ida cuba lagi cari tips2 untuk cepatkan gigi susu tercabut sendiri. Antara yang Kak Ida dapat ialah, galakkan anak2 untuk makan benda2 yang agak keras seperti kekacang. Ini akan membantu akar2 gigi susu untuk bergerak seterusnya mengurangkan keutuhan akar tersebut. Yes ini mungkin antara sebab gigi susu dia sangat kuat. Dia memang tak suka makan kekacang. Sekarang memang Kak Ida slow2 paksa dia makan kekacang!
So kalau ada yang senasib macam kami, anda boleh amalkan 2 tips ni, satu ; galakkan anak makan kekacang. kedua ; suruh anak rajin2 tolak gigi dengan lidah!
(Untuk rekod peribadi kami, 19/10/2018 adalah kali pertama gigi susu Harith tertanggal dengan sendirinya, ketika dia makan roti balik dari kelas kafa sebelah pagi. Ini adalah gigi susu atas bahagian depan. Dia cuma terkejut gigi dia tercabut, dan kemudian dia ok bila tersedar yang kali ni dia tak perlu berhadapan dengan sebarang kesakitan)
 |
| ni la satu2nya gigi susu yang tertanggal sendiri |