Thursday, 25 October 2018

Ayam Masak Paprik Yang Simple Tapi Sedap

Setiap kali masak menu ni, Kak Ida mesti teringat zaman Kak Ida terlibat dengan bisnes taska dulu. Sebab resepi ni staf Kak Ida bernama Dayah yang perkenalkan resepi ni. Tapi yang ajar Kak Ida in detail ialah Kak Sharifah, yang juga kerja sama2 dengan Dayah time tu. Memang senang sangat la resepi ni, yang first time buat pun confirm jadi punya, insyaAllah!

Kak Ida harap, dengan cara share resepi2 simple kat sini, akan naikkan semangat semua orang untuk masak, tak kiralah yang muda ke.. yang sibuk kerja ke... yang langsung tak pandai masak ke.. atau mungkin jugak yang malas nak masak! Oopppsss, heheh. Don't worry resepi yang Kak Ida share ni senang sangat, kalu menjadi masakan ni confirm korang akan lebih kerap dan rajin nak masak. Yela kalo sedap, semua orang puji, mestilah kita lagi bersemangat nak masak kan.

Resepi ni memang membantu Kak Ida untuk habiskan isi2 ayam yg ada dalam peti ais, sebab kami kurang gemar makan isi ayam, tapi bila dipotong kecil2 begini, sedap pula rasanya.

Ok lah jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya :

Bahan-bahan :
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 batang serai dititik
  • 3 keping daun limau
  • cili padi jika suka pedas, tapi Kak Ida memang takkan masukkan la, sbb kami share makan dengan anak-anak
  • isi ayam dipotong kecil2
  • sayuran seperti carrot, bunga kubis, mushroom, kacang panjang, dipotong kecil2
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, serai, cili padi dan limau sehingga wangi
  2. Masukkan pula sayur-sayuran dan kacau seketika sehingga sayur sedikit lembut sesuai dengan citarasa masing2.
  3. Masukkan kesemua sos dan kicap, kacau sebentar sampai mendidih
  4. Kemudian masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang diingini, masak lagi sehingga mendidih.
  5. Last sekali baru masukkan ayam. Kacau sebentar untuk pastikan ayam masak
  6. Siap untuk dimakan!
Senang je kan??? Sedap pulak tu, tak caya cubalah. Sedikit tips Kak Ida nak share, isi ayam jangan dimasak terlalu lama, sebab jika terlalu lama jus2 ayam akan kering menjadikan ayam tersebut sedikit keras, jika dimasak sekejap aje, isi ayam akan jadi lembuttttt sangat, very nice tau! Baby Rif pun boleh makan!

sedap tau, rugi siapa tak cuba




Tips Baca Surah Al Kahfi Hari Jumaat

Panjang surah Al-Kahfi ni, 110 ayat, memang rasa macam tak larat kan, tapi surah ni la yang disunatkan baca pada hari Jumaat.

Ada tips mudah nak baca surah Al-Kahfi ni.
Dalam surah Al-Kahfi ada 4 kisah utama, kalau baca ikut kisah ni, kita tak terasa sangat panjangnya nak baca surah ni...
1. Kisah pemuda Ashaabul Kahfi yang tertidur bertahun-tahun lamanya dalam gua(sampai ayat 31)
πŸ‘‰lepas Maghrib hari Khamis baca ayat 1 sampai ayat 31

2. Kisah Dua Pekebun ,sorang soleh & sorang lagi tidak ( bermula ayat 32)
πŸ‘‰lepas Isya' hari Khamis baca ayat 32 sampai ayat 59

3. Kisah Nabi Musa mempersoalkan tindakan2 pelik seorang bijak pandai iaitu Nabi Khidir (bermula ayat 60)
πŸ‘‰lepas Subuh hari Jumaat, baca ayat 60 sampai ayat 82

4. Kisah Zulkarnain membina tembok untuk menghalang yakjuj & makjuj (bermula ayat 83)
πŸ‘‰lepas Zohor hari Jumaat baca ayat 83 sampai ayat 110.

TARAAAAA... DAH ABISSSS..

InsyaAllah tak terasa panjangnya.. tapi kalau dapat baca sekali harung lagi la bagus kan... baca sekerat2 ni kadang2 sampai sekerat tu jela.. sedar2 dah next JumaatπŸ˜…

Tapi tips ni sesuai untuk org yang terasa susah nak baca sebab panjang sangat...😘

P/S : eh ni Kak Ida tulis santai2 je pakai ayat sniri.. setakat apa yang Kak Ida tau aje.. Kak Ida pun bukannnya pandai sangat huhu, kalu salah minta ampun, mohon betul kan...




Panduan Menggunakan Pressure Cooker Untuk Newbie

Ok.. first sekali Kak Ida nak cakap awal-awal la kan, ni cara Kak Ida ye. Lain orang mungkin lain caranya, dan kat sini adalah cara Kak Ida. Takde masalah kalau tak sama dengan pendapat Kak Ida ye.

Pressure cooker yang Kak Ida pakai ialah brand Philips All In One Cooker HD2137. Alhamdulillah memang puas hati. Semua function pun ada. Inner pot pun Kak Ida dapat 2, satu yang non stick dan satu lagi stainless steel. Memang best ah! Sebelum beli memang Kak Ida dah tilik beberapa brand lain yang seangkatan, dan akhirnya Kak Ida decide untuk beli brand Philips ini la.

So far Kak Ida rasa gadget dapur yang paling berbaloi Kak Ida beli ialah PC ni la, berbanding dengan air fryer dan bread maker. Kak Ida memang lebih kerap menggunakan PC, sebab fungsinya yang banyak dan kerja mencuci pun sangat mudah.

Kak Ida banyak memasak lauk pauk berasaskan ayam/daging/bubur menggunakan pc ni, sebab ia boleh memendekkan tempoh memasak. Lauk berasaskan ikan/sayur biasanya Kak Ida masak atas dapur aje, sebab tak perlukan masa yang lama kan.. Bake/yogurt Kak Ida masih belum try.

Ok beberapa point penting yang perlu diketahui sebelum menggunakan PC ini ialah :

  1. Butang SEAR adalah untuk menumis. Biasanya Kak Ida pakai yang high temp, jarang sekali la nak guna yang low temp.
  2. Setiap kali nak guna function pressure cook, jangan lupa set regulator ke SEAL.
  3. Lepas dah siap masak menggunakan function pressure cook, sila tekan butang CANCEL dan biarkan sehingga valve jatuh, baru buka penutup. Kalau tidak menyembur la wap2 panas tu!
  4. Setiap kali nak tukar function, kita kena click butang CANCEL.
  5. Untuk bahan masakan yang ada santan, Kak Ida hanya akan masukkan santan setelah function pressure cook berakhir. Sebab Kak Ida dah pernah try masukkan santan awal, kejadiannya tak begitu menarik, mungkin disebabkan santan dah pecah minyak lama sewaktu function pressure cook.
  6. Ok maksudnya begini, contoh kalau nak masak gulai, Kak Ida akan tumis bawang & rempah hingga naik minyak menggunakan butang SEAR dahulu, bila rempah dah terbit minyak, Kak Ida masukkan ayam dan mula menggunakan function pressure cook meat/poultry. Selesai function pressure cook meat&poultry, Kak Ida tunggu sehingga valve turun dengan sendirinya. Selepas valve jatuh, Kak Ida buka penutup dan gunakan butang SEAR sekali lagi untuk masukkan santan sehingga mendidih. Masukkan gula/garam, bila rasa dah ok settle la masakan kita. Dapat?
  7. Jika kita kesuntukan masa dan tak dapat menunggu valve jatuh sendiri, ada caranya untuk mengelakkan wap panas tersembur yang bisa mencederakan kita juga. Ambil kain tebal dan tutup bahagian regulator, dengan perlahan-lahan tolak regulator ke vent sedikit demi sedikit. Jangan terus tolak ke bahagian vent laju2, nanti tak terkawal pulak semburan wap panas tu. Bahaya! Tolak sedikit demi sedikit dapat mengawal wap panas tersebut.
  8. Nisbah untuk masak nasi ialah satu cawan nasi dan satu cawan air. Namun Kak Ida tak begitu gemar dengan tekstur yang agak kering ini, jadi Kak Ida biasanya akan menggunakan 1 cawan nasi + 1.5 cawan air. Sebab Baby Rif susah nak telan kalau tekstur nasi terlalu kering.
  9. Jika nak masak bubur, 1 cawan nasi + 6 cawan air.
button sear untuk menumis, cooking time untuk set time

bila nak pressure cook, tolak regulator ke seal, bila nak buka lid, tolak ke vent


Setakat ni itu sahaja panduan penting. Jika ada lagi Kak Ida akan update post ni ya! Nak tanya apa pun bole, just drop comment ok.

Wednesday, 24 October 2018

Tips Nak Bagi Anak Duduk Dalam Car Seat

Kak Ida terpanggil untuk menulis tentang isu ni, sebab tadi terbaca berita anak maut akibat kepala terhentak pada pada dashboard kereta. Sayu sangat bila tengok gambar ibu tersebut memeluk anaknya yang sudah tidak bernyawa.. Siapa tak sayang anak oiiii..

Kak Ida ada 3 anak, dan 3-3 memang Kak Ida ajar untuk duduk dalam car seat semasa di dalam kereta. Memang tak mudah, tapi ada caranya untuk membuatkan ia sedikit mudah. Anak pertama dulu, Kak Ida hampir mengabaikan keperluan car seat ni tapi alhamdulillah Kak  Ida cepat tersedar dan kembali membetulkan keadaan.

Syarat utama yang penting untuk menjayakan misi ini ialah pastikan anak dalam keadaan yang tenang, iaitu pastikan perutnya telah diisi, pampersnya dalam keadaan kering dan baju yang dipakai dalam keadaan selesa. Pendek kata pastikan dia dalam keadaan yang baik dari semua segi, jika ada yang tak kena perbetulkan dahulu sebelum mengajak dia duduk dalam car seat.

Jika anak dalam keadaan selesa, insyaAllah dia tak akan refuse untuk duduk dalam car seat. Dan percayalah, kebanyakan masa anak akan tertidur sepanjang perjalanan. Bunyi deruan enjin kereta bergesel dengan jalan raya adalah ibarat buaian yang yang sedang membuai anak kita untuk tidur. Yes, baby boleh tidur sendiri semasa di dalam car seat, dengan adanya pembuai semula jadi yang Kak Ida cakap tadi, memang bertambah mudah!

Namun jika anak masih menangis walau keperluannya telah dipenuhi dengan baik, anda jangan berputus asa dulu. Masih ada yang boleh diusahakan. Jangan terus mengalah dengan memangku dia di pangkuan anda ye.

Antara perkara yang masih boleh diusahakan :

  1. Bekalkan anak dengan mainan yang boleh dipegang untuk menghilangkan kebosanan.
  2. Bagi anak yang sudah boleh makan, berikan dia finger food untuk alihkan perhatiannya. Ni pun antara strategi yang sangat berkesan untuk anak3 Kak Ida.
  3. Bagi bayi kecil, pasangkan ayat-ayat suci Al-Quran, insyaAllah berkesan! Anak3 Kak Ida sangat suka mendengar bacaan ayat suci, dan kebanyakan masa mereka akan berhenti nangis dan tertidur selepas itu.
  4. Jika dalam perjalanan anak menangis, mungkin dia sudah penat/bosan di atas car seat, boleh hentikan perjalanan seketika untuk ambil angin supaya mood anak kembali stabil.
  5. Last sekali kalu dah susah sangat boleh la bagi gadget, tapi tak bole selalu, usahkan dengan cara lain dulu. Ni kira last resort la. Kalau dah tak boleh sangat dan kita kesuntukan masa dan perlu juga memandu, boleh la sogokkan dengan gadget ni.
Ni semua berdasarkan pengalaman Kak Ida yang ada anak tiga ni. Tips2 ni memang Kak Ida buat dan alhamdulillah anak3 tak ada masalah dengan car seat, dari yang baby sampai la ke yang abang. Semua ok dah faham yang mereka wajib duduk dalam car seat. Bila dah besar baru kami hentikan penggunaan car seat.

Kak Ida faham kadang2 memang tak menjadi jugak walaupun dah gunakan pelbagai cara. Sebab Kak Ida pun pernah mengalaminya, namun Kak Ida tak pernah putus asa. Walau ada waktu Kak Ida mengalah dengan anak2, tapi di waktu yang lain Kak Ida akan cuba kembali sampai la berjaya 100%. Memang normal especially baby yang berusia nak dekat setahun, biasa mereka akan refuse untuk duduk dalam car seat (walaupun sebelum ni mereka dah ok duduk dalam car seat), anak3 Kak Ida pun mcm tu, apa yang kita perlu buat ialah bersabar dan jangan putus asa, cuba sampai berjaya.. Sebab fasa tu tak lama, sekejap je. Kalu berjaya melepasi fasa tu, insyaAllah berjaya sampai bila2.

Yang penting jangan putus asa ok.

inilah kereta kecil kami yang dipenuhi dengan car seat anak2

Sunday, 21 October 2018

Tips Nak Bagi Gigi Susu Anak Luruh

Anak sulung Kak Ida, Harith ada masalah gigi susunya yang sangat kuat dan begitu degil nak tanggal, walaupun gigi kekal dah mula naik. Bayangkan gigi susu pertamanya hanya mula tercabut pada usia 8 tahun! Itupun secara paksaan, iaitu bawa ke doktor gigi kerana gigi kekal sudah mula naik di belakang gigi susu tersebut.

Kak Ida dan suami memang cuba mengamalkan penjagaan gigi yang baik untuk anak3 seawal usia mereka masih bayi. Keluar saja gigi susu pertama, kami mula mengelap gigi tersebut setiap hari, 2x sehari menggunakan special wipes untuk gigi. Bila mereka sudah boleh terima penggunaan berus gigi, baru kami akan menghentikan penggunaan tooth wipes dan beralih ke berus gigi 100%.

Namun itulah.. mungkin akibat 'nak jaga' sangat ni, hehe akhirnya kami dapat satu masalah iaitu gigi susu Harith sangat sukar untuk luruh dengan sendiri. Dah 2 kali kami terpaksa bawak Harith ke doktor gigi untuk cabut gigi susunya secara paksaan, sebab gigi kekal dah naik! Jika dibiarkan nanti tak cantik la susunan gigi dia! Tak handsome la huhu!

First time jumpa doktor, Harith dibius untuk mencabut 2 batang gigi sekaligus kerana kerana gigi kekal tumbuh tengah2 dia antara 2 gigi susu! Bayangkan betapa traumanya dia untuk first lawatan ke doktor gigi! Budak kecik kena cucuk untuk bius! Huhu.

Kak Ida complain ke doktor, kalau macam ni saya malas la nak jaga gigi susu anak2, biar je semua rongak, nanti dah naik gigi kekal baru saya ajar mereka jaga dengan baik. Tapi jawapan doktor membuatkan Kak Ida tak jadi nak biarkan gigi susu mereka tanpa penjagaan. Doktor cakap, u tak boleh buat macam tu, sebab tak semua gigi akan luruh pada masa yang sama. Contoh gigi susu bahagian depan akan luruh sekitar umur 5-7 tahun, gigi bahagian geraham pulak perlu stay lebih lama sebelum gigi kekal muncul. So kalau u biar semua gigi rongak dalam masa yang sama, mcm mana anak u nak makan & bercakap dengan baik? Ye tak ye la jugak... Kak Ida mana boleh pilih2 nak jaga gigi mana kan.. Either jaga semua gigi or abaikan semua gigi.. No other option! Then Kak Ida tanya lagi pada doktor, kenapa boleh jadi mcm ni ye doktor? Doktor cakap budak2 sekarang cukup semua vitamin especially kalsium, that's why gigi susu jadi sangat kuat mcm ni. Tak macam org dulu2, hidup susah makan pun tak cukup, so gigi pun takde sekuat mana.

Kejadian kali kedua, kami lebih berhati-hati kerana kami tau dia trauma dengan pengalaman sebelum ni. Maka kami bawa Harith ke doktor gigi yang lain dan doktor kali ni mengesyorkan supaya Harith menolak2 gigi susu yang terbabit dengan lidah untuk menggalakkan gigi tersebut longgar dan akhirnya tercabut.

Namun gigi susu tersebut tetap tidak tercabut tapi ada sedikit longgar. 2 minggu selepas itu kami kembali semula ke doktor dan kali ni alhamdulillah doktor hanya spray ubat kebas pada gigi dan cabut gigi tersebut... Tak perlu bius sebab nak cucuk ubat bius tu akan buat Harith lebih trauma untuk jumpa doktor gigi lepas ni.

Dan kini, ada lagi 2 gigi kekal yang telah tumbuh di belakang gigi susu bahagian bawah. Nampaknya proses yang sama akan berulang, dan tentulah kami opt utk doktor kedua yang lebih child friendly. Namun Kak Ida berharap gigi susu yang terlibat akan luruh dengan sendirinya.. lebih mudah untuk Harith!

So Kak Ida cuba lagi cari tips2 untuk cepatkan gigi susu tercabut sendiri. Antara yang Kak Ida dapat ialah, galakkan anak2 untuk makan benda2 yang agak keras seperti kekacang. Ini akan membantu akar2 gigi susu untuk bergerak seterusnya mengurangkan keutuhan akar tersebut. Yes ini mungkin antara sebab gigi susu dia sangat kuat. Dia memang tak suka makan kekacang. Sekarang memang Kak Ida slow2 paksa dia makan kekacang!

So kalau ada yang senasib macam kami, anda boleh amalkan 2 tips ni, satu ; galakkan anak makan kekacang. kedua ; suruh anak rajin2 tolak gigi dengan lidah!

(Untuk rekod peribadi kami, 19/10/2018 adalah kali pertama gigi susu Harith tertanggal dengan sendirinya, ketika dia makan roti balik dari kelas kafa sebelah pagi. Ini adalah gigi susu atas bahagian depan. Dia cuma terkejut gigi dia tercabut, dan kemudian dia ok bila tersedar yang kali ni dia tak perlu berhadapan dengan sebarang kesakitan)

ni la satu2nya gigi susu yang tertanggal sendiri

Cadar Tun Fatimah


Ni la video yang telah berjaya menambat hati Kak Ida untuk menjadi agen Cadar Tun Fatimah. Nampak corak tu, memang cantik. Cantik di dalam gambar, cantik juga bila real di depan mata!

7 SEBAB KENAPA CADAR TUN FATIMAH WAJIB DIMILIKI ?

1) Kain tebal dan berat x bergerak walau anak melompat
2) Efek emosi dan mood positif yg harmoni untuk berehat bila rumah kampung dh mcm hotel
3) Jimat masa kemas bilik- xyah kemas hari2
4) Friendly anak2 yg melasak melompat katil
5) Material yg berkualiti tinggi dan dijahit fiber dalamnya
6) Corak terbaru dari mesin ultrasonic tanpa ada benang berjuraian
7) 10 warna plain yg yang senang nak matching

1 set mengandungi :
- 4 sarung bantal kepala
- 1 sarung bolster
- 1 cadar

Cadar ni ada dua saiz tau
🀴🏻 Super-king
πŸ‘ΈπŸ» Super-queen

Q RM 120
K RM 140

POSTAGE RM 10 SM / RM 38 SS

Ayam Masak Paprik Yang Simple Tapi Sedap

Setiap kali masak menu ni, Kak Ida mesti teringat zaman Kak Ida terlibat dengan bisnes taska dulu. Sebab resepi ni staf Kak Ida bernama Daya...