Wednesday, 24 October 2018

Tips Nak Bagi Anak Duduk Dalam Car Seat

Kak Ida terpanggil untuk menulis tentang isu ni, sebab tadi terbaca berita anak maut akibat kepala terhentak pada pada dashboard kereta. Sayu sangat bila tengok gambar ibu tersebut memeluk anaknya yang sudah tidak bernyawa.. Siapa tak sayang anak oiiii..

Kak Ida ada 3 anak, dan 3-3 memang Kak Ida ajar untuk duduk dalam car seat semasa di dalam kereta. Memang tak mudah, tapi ada caranya untuk membuatkan ia sedikit mudah. Anak pertama dulu, Kak Ida hampir mengabaikan keperluan car seat ni tapi alhamdulillah Kak  Ida cepat tersedar dan kembali membetulkan keadaan.

Syarat utama yang penting untuk menjayakan misi ini ialah pastikan anak dalam keadaan yang tenang, iaitu pastikan perutnya telah diisi, pampersnya dalam keadaan kering dan baju yang dipakai dalam keadaan selesa. Pendek kata pastikan dia dalam keadaan yang baik dari semua segi, jika ada yang tak kena perbetulkan dahulu sebelum mengajak dia duduk dalam car seat.

Jika anak dalam keadaan selesa, insyaAllah dia tak akan refuse untuk duduk dalam car seat. Dan percayalah, kebanyakan masa anak akan tertidur sepanjang perjalanan. Bunyi deruan enjin kereta bergesel dengan jalan raya adalah ibarat buaian yang yang sedang membuai anak kita untuk tidur. Yes, baby boleh tidur sendiri semasa di dalam car seat, dengan adanya pembuai semula jadi yang Kak Ida cakap tadi, memang bertambah mudah!

Namun jika anak masih menangis walau keperluannya telah dipenuhi dengan baik, anda jangan berputus asa dulu. Masih ada yang boleh diusahakan. Jangan terus mengalah dengan memangku dia di pangkuan anda ye.

Antara perkara yang masih boleh diusahakan :

  1. Bekalkan anak dengan mainan yang boleh dipegang untuk menghilangkan kebosanan.
  2. Bagi anak yang sudah boleh makan, berikan dia finger food untuk alihkan perhatiannya. Ni pun antara strategi yang sangat berkesan untuk anak3 Kak Ida.
  3. Bagi bayi kecil, pasangkan ayat-ayat suci Al-Quran, insyaAllah berkesan! Anak3 Kak Ida sangat suka mendengar bacaan ayat suci, dan kebanyakan masa mereka akan berhenti nangis dan tertidur selepas itu.
  4. Jika dalam perjalanan anak menangis, mungkin dia sudah penat/bosan di atas car seat, boleh hentikan perjalanan seketika untuk ambil angin supaya mood anak kembali stabil.
  5. Last sekali kalu dah susah sangat boleh la bagi gadget, tapi tak bole selalu, usahkan dengan cara lain dulu. Ni kira last resort la. Kalau dah tak boleh sangat dan kita kesuntukan masa dan perlu juga memandu, boleh la sogokkan dengan gadget ni.
Ni semua berdasarkan pengalaman Kak Ida yang ada anak tiga ni. Tips2 ni memang Kak Ida buat dan alhamdulillah anak3 tak ada masalah dengan car seat, dari yang baby sampai la ke yang abang. Semua ok dah faham yang mereka wajib duduk dalam car seat. Bila dah besar baru kami hentikan penggunaan car seat.

Kak Ida faham kadang2 memang tak menjadi jugak walaupun dah gunakan pelbagai cara. Sebab Kak Ida pun pernah mengalaminya, namun Kak Ida tak pernah putus asa. Walau ada waktu Kak Ida mengalah dengan anak2, tapi di waktu yang lain Kak Ida akan cuba kembali sampai la berjaya 100%. Memang normal especially baby yang berusia nak dekat setahun, biasa mereka akan refuse untuk duduk dalam car seat (walaupun sebelum ni mereka dah ok duduk dalam car seat), anak3 Kak Ida pun mcm tu, apa yang kita perlu buat ialah bersabar dan jangan putus asa, cuba sampai berjaya.. Sebab fasa tu tak lama, sekejap je. Kalu berjaya melepasi fasa tu, insyaAllah berjaya sampai bila2.

Yang penting jangan putus asa ok.

inilah kereta kecil kami yang dipenuhi dengan car seat anak2

No comments:

Post a Comment

Ayam Masak Paprik Yang Simple Tapi Sedap

Setiap kali masak menu ni, Kak Ida mesti teringat zaman Kak Ida terlibat dengan bisnes taska dulu. Sebab resepi ni staf Kak Ida bernama Daya...